Jumaat, 18 Disember 2009

Emas setelah 2 dekad berlalu


Tahniah pasukan bawah 23 malaya 2009 kerana membawa pulang Emas yang diidamkan selama 20 tahun dari sukan Sea. Kali terakhir emas mendarat di leher pemain negara apabila Zainal Abidin Hasan & co melakukannya di temasya Kuala Lumpur 89.

Bagi gua, Emas buat malaysia manis tetapi pahit untuk ditelan. Gua tadi siang dengan selamba bertaruh dengan 5 org member gua dimana gua sangat yakin bahawa Vietnam akan menjuarai edisi kali ini berdasarkan prestasi di semi final ketika mereka membenam Singapura 4-1.

Kini 4 jam berlalu dan malam ini gua tidur tanpa nyenyak , tidur mengenangkan betapa bukan saja pemain dan suppoter Vietnam yang keciwa malahan rasa itu turut di kongsi gua, gara-gara berani bertaruh atas negara lain.

Kesimpulannya, walau bagaimana buruknya negara kita, janganlah kita berpaling darinya dan jangan sesekali bertaruh 'besar' dengan lebih dari satu individu.

Dalam tidur yang penuh kechiwa malam ini, gua berharap bermimpi indah mengalung medal Emas 2 dekad Malaysia itu!

P/S:Gua hilang rm 250 malam ini. Hampeh!

Sabtu, 12 Disember 2009

Gua Main Macam Dia



Gua baru balik main futsal. Gua sempat beraksi 23menet dari satu jam 15 menet. Gua seperti biasa beraksi ala2 Xabi Alonso dengan hantaran pendek dan rendah. Sesekali mencuba dari kawasan sendiri.

Aksi gua selama 13 menet dari 23menet yang ada

Tiba2, sedang gua menyepak dari sudut kanan pintu goal lawan, lutut gua berdenyut. Hampeh, gua rasakan gua dah injed! Gua perlahankan tempo permainan gua dan cuba membuat hantaran pendek yang merapu dan berkubu di bahagian bawah kawasan goal gua saja. Gua kool untuk seketika dan pintun goal team gua cuma bolos 2 bijik saja. Kemudiannya, nah sedang gua cuba mengeluarkan bola dari depan pintu goal, gua terasa ada otot gua yang menegang! Alamak, gua kene hamstring siot...hahhaah. Terencat permainan gua dan baki game tersebut gua menjadi Reina pula, menepis bola dari menerjah gawang...hahahaha..

Itulah gua, kecederaan selalu melanda dan kerana kecederaan inilah membantutkan gua ke Melwood dulu...

Rabu, 9 Disember 2009

Europa League lebih Rare




Pagi ini, sewaktu ramai fan Liverpool di Malaya ini tidor, Gerrard dan kuncu-kuncunya bakal membenam musuh yang telah merampas tempat Liverpool ke pusingan kedua ECL. Aku pasti ramai kop2 yang kuciwa dengan kegagalan sebuah pasukan terhebat dalam sejarah Inggeris ini mara ke pusingan berikutnya.


mamat serbia fiorentina

Tetapi, dengan semangat Anfield yang membara, aku yakin Kapten fantastik dan rakan2 pasti menggegar awal pagi ini. Walaupun kemenangan sudah terlewat untuk membawa Liverpool jauh dalam ECL, namun game pagi ini adalah sebagai penanda aras dan sebagai amaran pada team2 yang akan dan sedang bermain dalam Europa league. Pasukan seperti Valencia, Werder Bremen,Everton dan yang terbaru Juventus pasti goyang dengan Liverpool.

Pohal jang, ko pun mau join gak

Senang cerita la, game malam ni Liverpool bedal team budak Serbia, 5-0 dengan penjaringnya Gerrard 2 goal, Torres 1 goal, Carragher 1 goal dan Aquilani sebijik. Adios....



Rabu, 25 November 2009

Sirah a.k.a Sejarah


Aku lalui hampir 24jam hari ini dengan perasaan yang berlainan. Sebelah duka manakala sebelah lagi masih duka. Ini pasti gara2 ECL malam tadi yang membuatkan aku bukan setakat merah mata namun bertukar menjadi putih juga nampaknya.

Yup, benar team kegemaran aku dan tuan blog ini telah tersingkir dari saingan ECL walaupun dengan permainan bersantai masih menang game di Hungary . Tahniah pada Ngog yang kelihatan akhir2 ini seakan konsisten berada di dalam team terhebat di dunia ini. Namun hakikat yang harus kami disini terima ialah, tiada lagi ECL bagi menghiasi hidup kami disini dan yang tinggal hanyalah Europa league, kejohanan kedua selepas ECL.

Diatas kegagalan Liverpool ke peringkat kalah mati ECL, kami di rusuhan minda ingin melancarkan kempen supaya pakat2 pengkaji sejarah membuat catatan dimana2 saja supaya kegagalan ini dijadikan sejarah besar bidang kesukanan kerana pertama kali juara eropah 5 kali bermain didalam Europa League.

Kami adalah sejarah, dan tamadun manusia terbentuk berdasarkan sejarah. Elok sejarahnya, eloklah tamadunnya, dan kami adalah penyokong kelab LIVERPOOL, 5 kali juara EROPAH! lupakan yang lain.

Isnin, 9 November 2009

Benam Biru


0355 am tuesday, musim reds bermula lagi malam atau pagi ini. Berdepan team cap sadin ayam Birmingham( sama biru ngan sadin cap king cup Chelski) dijangka reds tak punya masaelah untuk dapat 3 mata penoh. Game pastinya dikuasai liverpool dan Rafa mungkin dengan 77% berbanding 23% milik Birmingham(andaian aku aje) dan jumlah gol mungkin mengulangi game menentang Stoke (4-0), atau game Hull(6-1). Pada pendokong Liverpool yang tegar, malam ni tidur awal dan pastikan jam anda di'set' pada jam 0345 dan menikmati kehebatan team sebenar BPL yakni LIverpool dengan perasaan megah dan yang penting 'lupakan yang lain..(menyoo, chelski,sudalan,arsengal,etc..bla..bla..)

Jumaat, 21 Ogos 2009

Gerak Cemerlang Sang Jagoan Merah

Saat jaringan pertama Johnson buat Liverpool
Gol pertama game oleh El-Nino Torres, yayh...

Liverpool 4 - Stoke 0.....menebus kehampaan musim lalu apabila Stoke mengikat Reds 0-0 dan menyebabkan kehilangan 2 mata berharga dalam pemburuan kejuaraan liga....Gol2 sumbangan Torres, Johnson,Kuyt & Ngog. Gua berpuas hati dengan result ini. Oh ya, musuh ketat Reds iaitu Man yoo kecundang di tangan Burnley (team baru bpl ni) hahahaha...yariba2!

Ahad, 16 Ogos 2009

Permulaan 09/10

Musim 2009/10 telah bermula dan pertarungan LIverpool (pasukan fav) bertemu seteru dari London pada malam ini akan menentukan hala tuju perjuangan Reds untuk menamatkan badi kemarau hampir 20 tahun untuk kejuaraan ke-19. Skuad Rafa pasti berdepan ujian getir di London hari ini apabila diberitakan bakal kehilangan Gerrard kerana tidak cergas untuk diturunkan. Begitu juga dengan Agger,Skertl, Aquilani, Carra dan Aurelio. Sandaran malam ini pasti bergantung kepada Yossi Benayoun dan Torres untuk menggegar gawang Spurs. WAlau skuad rafa bakal kelihatan pincang malam ini namun permulaan yang terbaik tetap di harapkan oleh peminat2 LIverpool seluruh dunia. Predict licin- Spurs 1 Reds 2

Sabtu, 8 Ogos 2009

ALBErto AQuilani


Alberto Aquilani (July 7, 1984) is an Italian football midfielder who currently plays for AS Roma. (joined Liverpool with 20 juta pound)

Aquilani was born in Rome. He signed with AS Roma on August 1, 2001, but later played on loan for Triestina in Serie B during the 2003/04 season. Aquilani became part of the starting eleven for the team and played in forty games that season, scoring four goals.

Aquilani's Serie A debut was on May 10, 2003, during a match between AS Roma and Torino which Roma won 3-1.

In 2006, in a league match against Milan, Aquilani, who came from the bench, set up the play for the winning 2-1 goal on a rabona pass.

Aquilani's consistent performances with Roma earned him a call up for the Azzurri friendly against Turkey, where he made his international debut. (mungkinkah menjadi pengganti yang hebat untuk Alonso)

Ahad, 19 Julai 2009

Manyoo jadi kayu

3-2, begitulah kesudahan epik Man yoo bertemu Malaysia petang sabtu lalu. Walaupun sebelum perlawanan bermula ada fanatik2 Man yoo mengatakan skuad malaysia akan diratah Manyoo, nampaknya itu tidak terjadi. Walaupun mendahului 2-1 dibabak pertama, Manyoo langsung tidak bermain 'bola' pada ejakulasi seterusnya. Hambar diseparuh kedua apabila barisan bintang2 manyoo tercari2 pntu gol untuk diterjah walaupun berdepan dengan barisan Malaysia yang hanya bermain dibelakang bola. Mujur kemasukan beberapa pemain gantian berjaya memberi viagra kepada manyoo. Owen,Tosic,Giggs,Marcheda dan beberapa lagi menyelamatkan Manyoo dari aib seri dengan Malaysia yang lebih gemar bermain hantaran jauh yang 'ke laut'. Owen juga telah menjaringkan gol kemenangan Manyoo (yup, dulu owen memang my fav player until he join galacticos). GOL MAnyoo- Runi, nani,uwen GOL Harimau-Am yah2.

Rabu, 15 Julai 2009

Alonso to madrid


Jerzy Dudek is hopeful that his former team-mate Xabi Alonso can join him at Real Madrid this summer.

Real president Florentino Perez has made the Liverpool midfielder his next big transfer target but talks seem to have broken down.

The Reds are thought to value the Spaniard at around £30million while Real are said to only be prepared to part with £20million.

However Dudek, who played with Alonso for three seasons at Anfield, is hoping that the two clubs can come to an agreement.

"I don't know (what's happening) let's hope so," he told Sky Sports News.

"This club needs good players and Xabi is a good player." Hmm nampaknya Alonso benar2 akan meninggalkan Liverpool soon, dan this berkaitan dengan persengketaan dengan Rafa sejak musim lalu apabila Rafa mahu offload Alonso kepada Juve. Difahamkan juga Alonso telah tranfer request kepada Rafa dan RAfa mengizinkan Alonso pergi... Semoga berjaya Alonso, kami KOP senantiasa menyokong kerjaya anda moga suksess ya...

Ahad, 5 Julai 2009

Manyoo selamatkan Owen?



Saheh dan sah bahawa Manyoo- seteru utama The Reds telah menandatangani Micheal Owen dengan free tranfer dibawah bosmann rules pada 3 july 2009. Owen telah mengeluarkan kenyataan bahawa Manyoo mungkin dapat menyelamatkan kerjaya bolasepaknya dan beliau juga mengintai tempat ke piala dunia 2010 (adakah three lions masih memerlukannya?) Kerjaya Owen malap setelah berpindah ke Real MadriD (seakan2 sumpahan bahawa pemain Inggeris tidak akan menyinar di liga luar) dari liverpool pada 2004. Kebanyakan penampilan bersama Madrid hanyalah sebagai pemain gantian sahaja dan hanya menjaringkan 20 gol sepanjang 3 musim di Madrid. Perpindahan ini mengingatkan gua kepada Paul Ince suatu ketika dulu. Beliau berhijrah ke Internazionale di serie A dan kemudian menyertai Liverpool pada 1997. Kedua-dua mereka,Owen dan Ince adalah bekas idola Manyoo dan Reds pada suatu masa dulu... Gua tak sabar menunggu aksi Owen di Anfield nanti dan kali ini menyarung jersi seteru utama Liverpool, bagaimana agaknya yep, hahaha.

Jumaat, 26 Jun 2009


26 jun 2009 menyaksikan pemergian ikon pop dunia, Mikael Jackson. Beliau yang selama ini menyepi, dijadualkan mengadakan siri konsert di kota London pada julai ini dan kematian mengejutnya membuatkan ribuan peminatnya kecewa dan ada diantaranya menangisi pemergiannya.Seorang Rapper terkemuka us Flava Flav mengatakan Tuhan menyayangi jackson dan menganggap pemergiaan jackson kerana tuhan mahu 'angel' disisi Tuhan.Thriller, sebuah debut yang memperkenalkan gua kepada Mj suatu ketika dulu.Emak gua yang membeli kasetnya dan membuat gua layan lagu2 seperti Billie jean dan Beat it! Sesungguhnya memang MJ yang membuatkan gua dan dunia gua sepert didalam alam lain pada waktu itu. Muzik dan pengaruhnya amat kuat hinggakan di negara kita ini jika ingin mencari anak2 muda yang buat moonwalk amat mudah pada zaman itu. Apa pun terima kaseh kepada MJ kerana pernah menghiburkan kami semua...kami past merindui anda MJ.

Selasa, 23 Jun 2009

Tahniah Johnson!


Hari ini Liverpool melengkapkan perpindahan apa yang dijangkakan pemain pertahanan termahal Liverpool,Glen Johnson. Dengan tag harga 17juta pound, johnson dianggap pemain tersensasi England pada ketika ini dan menjadi pemain pertama yang ditandatangi Rafa 'the great' Benitez pada musim 2009/10. Namun, kegembiraan peminat setia liverpool munkin tidak berpanjangan kerana Benitez dikatakan telah menerima bid dari Real Mad keatas Midfield Maestro ,Xabi Alonso iaitu sebanyak 30juta pound(jumlah berganda dari jumlah dibayar Rafa 5thn dulu, 12juta). Javier Mash juga munkin meninggalkan Andfield umtuk ke Barca dalam masa terdekat. Arbeloa juga mendapat perhatian Real Mad dengan tag harga 8juta!

Rabu, 17 Jun 2009

Terdesakkah Man Yu?


..lately kedegaran dari kem man YU ada ura2 yang mengatakan man Yu bakal membuat bidaan 40juta pound untuk khidmat fernando Torres.Hasil dari penjualan cr7 yang mencecah 80juta nampaknya cuba digunakan Fergie dengan memancing Torres...Kamon la man YU, realistik la bahawa Rafa tidak akan menjual pemain terbaik Liverpool at any cost! kebimbangan man yu terserlah lagi bahawa mereka juga bakal kehilangan Tevez dan Vidic....Apakah ini persaraan menarik Fergie bakal lalui?Mungkin juga pengurus terbaek dari scotland ini terpaksa besara musim depan setelah man yu gagal mendapat top 4? sama2 kita nantikan...YNWA!