Jumaat, 26 Jun 2009


26 jun 2009 menyaksikan pemergian ikon pop dunia, Mikael Jackson. Beliau yang selama ini menyepi, dijadualkan mengadakan siri konsert di kota London pada julai ini dan kematian mengejutnya membuatkan ribuan peminatnya kecewa dan ada diantaranya menangisi pemergiannya.Seorang Rapper terkemuka us Flava Flav mengatakan Tuhan menyayangi jackson dan menganggap pemergiaan jackson kerana tuhan mahu 'angel' disisi Tuhan.Thriller, sebuah debut yang memperkenalkan gua kepada Mj suatu ketika dulu.Emak gua yang membeli kasetnya dan membuat gua layan lagu2 seperti Billie jean dan Beat it! Sesungguhnya memang MJ yang membuatkan gua dan dunia gua sepert didalam alam lain pada waktu itu. Muzik dan pengaruhnya amat kuat hinggakan di negara kita ini jika ingin mencari anak2 muda yang buat moonwalk amat mudah pada zaman itu. Apa pun terima kaseh kepada MJ kerana pernah menghiburkan kami semua...kami past merindui anda MJ.