Rabu, 25 November 2009

Sirah a.k.a Sejarah


Aku lalui hampir 24jam hari ini dengan perasaan yang berlainan. Sebelah duka manakala sebelah lagi masih duka. Ini pasti gara2 ECL malam tadi yang membuatkan aku bukan setakat merah mata namun bertukar menjadi putih juga nampaknya.

Yup, benar team kegemaran aku dan tuan blog ini telah tersingkir dari saingan ECL walaupun dengan permainan bersantai masih menang game di Hungary . Tahniah pada Ngog yang kelihatan akhir2 ini seakan konsisten berada di dalam team terhebat di dunia ini. Namun hakikat yang harus kami disini terima ialah, tiada lagi ECL bagi menghiasi hidup kami disini dan yang tinggal hanyalah Europa league, kejohanan kedua selepas ECL.

Diatas kegagalan Liverpool ke peringkat kalah mati ECL, kami di rusuhan minda ingin melancarkan kempen supaya pakat2 pengkaji sejarah membuat catatan dimana2 saja supaya kegagalan ini dijadikan sejarah besar bidang kesukanan kerana pertama kali juara eropah 5 kali bermain didalam Europa League.

Kami adalah sejarah, dan tamadun manusia terbentuk berdasarkan sejarah. Elok sejarahnya, eloklah tamadunnya, dan kami adalah penyokong kelab LIVERPOOL, 5 kali juara EROPAH! lupakan yang lain.

Isnin, 9 November 2009

Benam Biru


0355 am tuesday, musim reds bermula lagi malam atau pagi ini. Berdepan team cap sadin ayam Birmingham( sama biru ngan sadin cap king cup Chelski) dijangka reds tak punya masaelah untuk dapat 3 mata penoh. Game pastinya dikuasai liverpool dan Rafa mungkin dengan 77% berbanding 23% milik Birmingham(andaian aku aje) dan jumlah gol mungkin mengulangi game menentang Stoke (4-0), atau game Hull(6-1). Pada pendokong Liverpool yang tegar, malam ni tidur awal dan pastikan jam anda di'set' pada jam 0345 dan menikmati kehebatan team sebenar BPL yakni LIverpool dengan perasaan megah dan yang penting 'lupakan yang lain..(menyoo, chelski,sudalan,arsengal,etc..bla..bla..)