Khamis, 7 Ogos 2008

JIWA KACAU

12;21am awal pagi khamis aku berjaya menubuhkan blog aku sendiri. Puas aku memikirkan apakah sebab aku berani mencuba sesuatu yang aku fikir dulu aku tidak akan lakukan. Ye mungkin saja kehadiran aku dialam siber pada waktu sekarang tidak dihraukan sangat tetapi itu bukan prinsip aku untuk kesah atau perdulikan itu semua. Kacau memang kacau situasi didalam negara yang aku cintai ini. Berbagai-bagai cerita yang didengar atau dibaca setiap hari, dan yang pasti memberi impak yang cukup besar pada rakyat marhaen seperti aku. Dari politik,sosial,agama,sukan,hina-menghina dan pelbagai lagi... aku harap selepas ini aku tidak akan merajuk dari terus menulis lagi... Amin