Selasa, 5 Januari 2010

David Amoo


Bintang muda bakal lahir.. Rafa, berilah peluang pada budak ni buktikan bakatnya dalam BPL musim ni. Kalau tidak pun, Piala FA menentang Reading nanti.

Budak ni asalnya berposisi di sayap kanan sebelum musim ini telah di tukar posisi sebagai penyerang dan beliau membalasnya dengan gol demi gol bagi pasukan simpanan dalam liga simpanan yang mana sedang diungguli oleh Liverpool.

Dilahirkan di London dan memulakan kerjaya di Millwall sebelum menyertai akademi Liverpool pada 2007. Berusia 19 tahun dan pernah mewakili England sebagai pelari pecut 100m.

Ramai staff2 dan peminat Liverpool telah menyamakan Amoo dengan lagenda Liverpool, Kenny Dalglish. Pantas dan bijak serta tenang melakukan jaringan, sesuatu aset yang penting untuk menjadi pemain penyerang yang bagus.

Amoo seharusnya bakal LAgenda, dan bintang muda Liverpool selepas era Owen dan Gerrard.

Rafa, berinya peluang.