Sabtu, 12 Disember 2009

Gua Main Macam Dia



Gua baru balik main futsal. Gua sempat beraksi 23menet dari satu jam 15 menet. Gua seperti biasa beraksi ala2 Xabi Alonso dengan hantaran pendek dan rendah. Sesekali mencuba dari kawasan sendiri.

Aksi gua selama 13 menet dari 23menet yang ada

Tiba2, sedang gua menyepak dari sudut kanan pintu goal lawan, lutut gua berdenyut. Hampeh, gua rasakan gua dah injed! Gua perlahankan tempo permainan gua dan cuba membuat hantaran pendek yang merapu dan berkubu di bahagian bawah kawasan goal gua saja. Gua kool untuk seketika dan pintun goal team gua cuma bolos 2 bijik saja. Kemudiannya, nah sedang gua cuba mengeluarkan bola dari depan pintu goal, gua terasa ada otot gua yang menegang! Alamak, gua kene hamstring siot...hahhaah. Terencat permainan gua dan baki game tersebut gua menjadi Reina pula, menepis bola dari menerjah gawang...hahahaha..

Itulah gua, kecederaan selalu melanda dan kerana kecederaan inilah membantutkan gua ke Melwood dulu...