Aku lalui hampir 24jam hari ini dengan perasaan yang berlainan. Sebelah duka manakala sebelah lagi masih duka. Ini pasti gara2 ECL malam tadi yang membuatkan aku bukan setakat merah mata namun bertukar menjadi putih juga nampaknya.
Yup, benar team kegemaran aku dan tuan blog ini telah tersingkir dari saingan ECL walaupun dengan permainan bersantai masih menang game di Hungary . Tahniah pada Ngog yang kelihatan akhir2 ini seakan konsisten berada di dalam team terhebat di dunia ini. Namun hakikat yang harus kami disini terima ialah, tiada lagi ECL bagi menghiasi hidup kami disini dan yang tinggal hanyalah Europa league, kejohanan kedua selepas ECL.
Diatas kegagalan Liverpool ke peringkat kalah mati ECL, kami di rusuhan minda ingin melancarkan kempen supaya pakat2 pengkaji sejarah membuat catatan dimana2 saja supaya kegagalan ini dijadikan sejarah besar bidang kesukanan kerana pertama kali juara eropah 5 kali bermain didalam Europa League.
Kami adalah sejarah, dan tamadun manusia terbentuk berdasarkan sejarah. Elok sejarahnya, eloklah tamadunnya, dan kami adalah penyokong kelab LIVERPOOL, 5 kali juara EROPAH! lupakan yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan