Jumaat, 18 Disember 2009

Emas setelah 2 dekad berlalu


Tahniah pasukan bawah 23 malaya 2009 kerana membawa pulang Emas yang diidamkan selama 20 tahun dari sukan Sea. Kali terakhir emas mendarat di leher pemain negara apabila Zainal Abidin Hasan & co melakukannya di temasya Kuala Lumpur 89.

Bagi gua, Emas buat malaysia manis tetapi pahit untuk ditelan. Gua tadi siang dengan selamba bertaruh dengan 5 org member gua dimana gua sangat yakin bahawa Vietnam akan menjuarai edisi kali ini berdasarkan prestasi di semi final ketika mereka membenam Singapura 4-1.

Kini 4 jam berlalu dan malam ini gua tidur tanpa nyenyak , tidur mengenangkan betapa bukan saja pemain dan suppoter Vietnam yang keciwa malahan rasa itu turut di kongsi gua, gara-gara berani bertaruh atas negara lain.

Kesimpulannya, walau bagaimana buruknya negara kita, janganlah kita berpaling darinya dan jangan sesekali bertaruh 'besar' dengan lebih dari satu individu.

Dalam tidur yang penuh kechiwa malam ini, gua berharap bermimpi indah mengalung medal Emas 2 dekad Malaysia itu!

P/S:Gua hilang rm 250 malam ini. Hampeh!

Tiada ulasan: