Khamis, 18 Februari 2010

Ramalan

Gua nak ramal malam ni Liverpool menang 2-0. Cukup banyak tu je tak payah tamak.

Selasa, 5 Januari 2010

David Amoo


Bintang muda bakal lahir.. Rafa, berilah peluang pada budak ni buktikan bakatnya dalam BPL musim ni. Kalau tidak pun, Piala FA menentang Reading nanti.

Budak ni asalnya berposisi di sayap kanan sebelum musim ini telah di tukar posisi sebagai penyerang dan beliau membalasnya dengan gol demi gol bagi pasukan simpanan dalam liga simpanan yang mana sedang diungguli oleh Liverpool.

Dilahirkan di London dan memulakan kerjaya di Millwall sebelum menyertai akademi Liverpool pada 2007. Berusia 19 tahun dan pernah mewakili England sebagai pelari pecut 100m.

Ramai staff2 dan peminat Liverpool telah menyamakan Amoo dengan lagenda Liverpool, Kenny Dalglish. Pantas dan bijak serta tenang melakukan jaringan, sesuatu aset yang penting untuk menjadi pemain penyerang yang bagus.

Amoo seharusnya bakal LAgenda, dan bintang muda Liverpool selepas era Owen dan Gerrard.

Rafa, berinya peluang.

Jumaat, 18 Disember 2009

Emas setelah 2 dekad berlalu


Tahniah pasukan bawah 23 malaya 2009 kerana membawa pulang Emas yang diidamkan selama 20 tahun dari sukan Sea. Kali terakhir emas mendarat di leher pemain negara apabila Zainal Abidin Hasan & co melakukannya di temasya Kuala Lumpur 89.

Bagi gua, Emas buat malaysia manis tetapi pahit untuk ditelan. Gua tadi siang dengan selamba bertaruh dengan 5 org member gua dimana gua sangat yakin bahawa Vietnam akan menjuarai edisi kali ini berdasarkan prestasi di semi final ketika mereka membenam Singapura 4-1.

Kini 4 jam berlalu dan malam ini gua tidur tanpa nyenyak , tidur mengenangkan betapa bukan saja pemain dan suppoter Vietnam yang keciwa malahan rasa itu turut di kongsi gua, gara-gara berani bertaruh atas negara lain.

Kesimpulannya, walau bagaimana buruknya negara kita, janganlah kita berpaling darinya dan jangan sesekali bertaruh 'besar' dengan lebih dari satu individu.

Dalam tidur yang penuh kechiwa malam ini, gua berharap bermimpi indah mengalung medal Emas 2 dekad Malaysia itu!

P/S:Gua hilang rm 250 malam ini. Hampeh!

Sabtu, 12 Disember 2009

Gua Main Macam Dia



Gua baru balik main futsal. Gua sempat beraksi 23menet dari satu jam 15 menet. Gua seperti biasa beraksi ala2 Xabi Alonso dengan hantaran pendek dan rendah. Sesekali mencuba dari kawasan sendiri.

Aksi gua selama 13 menet dari 23menet yang ada

Tiba2, sedang gua menyepak dari sudut kanan pintu goal lawan, lutut gua berdenyut. Hampeh, gua rasakan gua dah injed! Gua perlahankan tempo permainan gua dan cuba membuat hantaran pendek yang merapu dan berkubu di bahagian bawah kawasan goal gua saja. Gua kool untuk seketika dan pintun goal team gua cuma bolos 2 bijik saja. Kemudiannya, nah sedang gua cuba mengeluarkan bola dari depan pintu goal, gua terasa ada otot gua yang menegang! Alamak, gua kene hamstring siot...hahhaah. Terencat permainan gua dan baki game tersebut gua menjadi Reina pula, menepis bola dari menerjah gawang...hahahaha..

Itulah gua, kecederaan selalu melanda dan kerana kecederaan inilah membantutkan gua ke Melwood dulu...

Rabu, 9 Disember 2009

Europa League lebih Rare




Pagi ini, sewaktu ramai fan Liverpool di Malaya ini tidor, Gerrard dan kuncu-kuncunya bakal membenam musuh yang telah merampas tempat Liverpool ke pusingan kedua ECL. Aku pasti ramai kop2 yang kuciwa dengan kegagalan sebuah pasukan terhebat dalam sejarah Inggeris ini mara ke pusingan berikutnya.


mamat serbia fiorentina

Tetapi, dengan semangat Anfield yang membara, aku yakin Kapten fantastik dan rakan2 pasti menggegar awal pagi ini. Walaupun kemenangan sudah terlewat untuk membawa Liverpool jauh dalam ECL, namun game pagi ini adalah sebagai penanda aras dan sebagai amaran pada team2 yang akan dan sedang bermain dalam Europa league. Pasukan seperti Valencia, Werder Bremen,Everton dan yang terbaru Juventus pasti goyang dengan Liverpool.

Pohal jang, ko pun mau join gak

Senang cerita la, game malam ni Liverpool bedal team budak Serbia, 5-0 dengan penjaringnya Gerrard 2 goal, Torres 1 goal, Carragher 1 goal dan Aquilani sebijik. Adios....



Rabu, 25 November 2009

Sirah a.k.a Sejarah


Aku lalui hampir 24jam hari ini dengan perasaan yang berlainan. Sebelah duka manakala sebelah lagi masih duka. Ini pasti gara2 ECL malam tadi yang membuatkan aku bukan setakat merah mata namun bertukar menjadi putih juga nampaknya.

Yup, benar team kegemaran aku dan tuan blog ini telah tersingkir dari saingan ECL walaupun dengan permainan bersantai masih menang game di Hungary . Tahniah pada Ngog yang kelihatan akhir2 ini seakan konsisten berada di dalam team terhebat di dunia ini. Namun hakikat yang harus kami disini terima ialah, tiada lagi ECL bagi menghiasi hidup kami disini dan yang tinggal hanyalah Europa league, kejohanan kedua selepas ECL.

Diatas kegagalan Liverpool ke peringkat kalah mati ECL, kami di rusuhan minda ingin melancarkan kempen supaya pakat2 pengkaji sejarah membuat catatan dimana2 saja supaya kegagalan ini dijadikan sejarah besar bidang kesukanan kerana pertama kali juara eropah 5 kali bermain didalam Europa League.

Kami adalah sejarah, dan tamadun manusia terbentuk berdasarkan sejarah. Elok sejarahnya, eloklah tamadunnya, dan kami adalah penyokong kelab LIVERPOOL, 5 kali juara EROPAH! lupakan yang lain.

Isnin, 9 November 2009

Benam Biru


0355 am tuesday, musim reds bermula lagi malam atau pagi ini. Berdepan team cap sadin ayam Birmingham( sama biru ngan sadin cap king cup Chelski) dijangka reds tak punya masaelah untuk dapat 3 mata penoh. Game pastinya dikuasai liverpool dan Rafa mungkin dengan 77% berbanding 23% milik Birmingham(andaian aku aje) dan jumlah gol mungkin mengulangi game menentang Stoke (4-0), atau game Hull(6-1). Pada pendokong Liverpool yang tegar, malam ni tidur awal dan pastikan jam anda di'set' pada jam 0345 dan menikmati kehebatan team sebenar BPL yakni LIverpool dengan perasaan megah dan yang penting 'lupakan yang lain..(menyoo, chelski,sudalan,arsengal,etc..bla..bla..)